Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

 
10 Jun 2026 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) hari ini mencipta satu lagi pencapaian penting dalam usaha memperkasa pembangunan aset wakaf apabila memeterai Tribute Arrangement Agreement bagi Projek Pembangunan Ladang Solar di atas Tanah Wakaf Konsesi Chenderong.  
Majlis menandatangani perjanjian tersebut disaksikan oleh YB Dato’ Haji Mohd Azmi Mohamad Daham, Setiausaha Kerajaan Terengganu; YBhg. Dato’ Nara Setia, Yang Dipertua MAIDAM; serta Tan Sri Ir. Dr. Al Amin, Pengerusi reNIKOLA Holdings.
Kerjasama strategik ini melibatkan MAIDAM selaku pemegang amanah tunggal wakaf di Negeri Terengganu, Anglo-Eastern Plantations (AEP) sebagai pemajak tanah wakaf dan reNIKOLA Holdings sebagai pemaju projek.
MAIDAM diwakili oleh YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, manakala AEP diwakili oleh En. Marcos Chan dan reNIKOLA Holdings diwakili oleh En. Boumhidi Abdelali.
Projek berimpak tinggi ini melibatkan pelaburan bernilai RM1.2 bilion dengan pembangunan ladang solar berkapasiti 400 megawatt (MW) yang dijangka mampu menjana kira-kira 930,800 megawatt jam (MWh) tenaga elektrik setahun. Projek ini turut berpotensi mewujudkan sekitar 4,270 peluang pekerjaan kepada rakyat Terengganu.
Pelaksanaan projek ini selari dengan agenda pembangunan negeri yang menekankan aspek kemampanan, kepelbagaian sumber ekonomi dan pengukuhan sektor tenaga boleh baharu. Pada masa yang sama, ia mengukuhkan kedudukan Terengganu sebagai destinasi pelaburan yang berdaya saing dan progresif.
Lebih istimewa, projek ini membuktikan bahawa aset wakaf mampu dibangunkan secara profesional, produktif dan mampan tanpa menjejaskan tujuan asal pewakafan. Hasil pembangunan tersebut dijangka menjana sumber pendapatan baharu kepada dana wakaf yang akan dimanfaatkan bagi program kebajikan, pendidikan, pembangunan sosial serta kesejahteraan masyarakat Islam di Negeri Terengganu.
MAIDAM kekal komited memastikan setiap pembangunan di atas tanah wakaf dilaksanakan berlandaskan prinsip syariah, tadbir urus yang baik serta memberi manfaat berterusan kepada umat Islam dan masyarakat keseluruhannya.
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY