
19 Julai 2026 - YBhg. Dato’ Nara Setia, Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) pada hari ini. Antara tujuan utama kunjungan tersebut ialah membincangkan cadangan pelaksanaan Skim Wakaf KETENGAH–MAIDAM.
Delegasi KETENGAH diwakili oleh YM Dato' Tengku Ahmad Nadzri Tengku Musa, Pengurus Besar KETENGAH. Turut hadir dalam sesi perbincangan tersebut ialah YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM bersama pegawai-pegawai kanan kedua-dua agensi.
Perbincangan ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara MAIDAM dan KETENGAH dalam merealisasikan pelaksanaan Skim Wakaf KETENGAH–MAIDAM sebagai salah satu inisiatif memperkasa pembangunan wakaf serta memberi manfaat yang lebih luas kepada masyarakat di Terengganu.
Semoga jalinan kerjasama ini menjadi pemangkin kepada pelaksanaan program-program wakaf yang lebih berimpak, mampan dan berdaya saing demi kesejahteraan ummah.