Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

 
Sebanyak 34 buah syarikat menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM4,572,515.56 melalui Majlis Penyerahan Zakat Korporat Tahun 2026, mencerminkan komitmen sektor korporat dalam membela kebajikan asnaf.
YBhg. Dato’ Nara Setia (Yang Dipertua MAIDAM) dalam ucapan perasmiannya menegaskan bahawa kejayaan pengurusan zakat turut diukur melalui manfaat dan perubahan yang dibawa kepada kehidupan penerimanya.

Sehingga 22 Oktober 2026, MAIDAM merekodkan kutipan zakat sebanyak RM190.88 juta dan agihan berjumlah RM292.45 juta dengan memanfaatkan lebihan kutipan zakat terkumpul daripada tahun terdahulu bagi memastikan keperluan asnaf terus disantuni.
Agihan ini merangkumi bantuan kebajikan fakir dan miskin, bimbingan mualaf, pendidikan, pembangunan ekonomi asnaf serta usaha memperkukuh syiar Islam.
Terdahulu, dalam ucapan alu-aluannya, YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM) merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang hadir serta para pembayar zakat yang terus memberikan kepercayaan dengan menunaikan zakat melalui saluran rasmi MAIDAM.
Semoga zakat yang ditunaikan membawa keberkatan kepada para pembayar serta membuka harapan dan peluang kehidupan yang lebih baik kepada asnaf.
Zakat anda, amanah kami.
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY