![]() |
![]() |
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Dwibulanan (Januari–Februari dan Mac–April), APC Jabatan Tahun 2025 serta Majlis Persaraan
Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Dwibulanan bagi tempoh Januari–Februari dan Mac–April, APC Jabatan Tahun 2025 serta Majlis Persaraan telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Nara Setia, Yang Dipertua MAIDAM.
Pada majlis tersebut, seramai 32 orang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Dwibulanan bagi tempoh Januari–Februari dan Mac–April, manakala 17 orang lagi menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Tahun 2025.

Pengiktirafan yang diberikan bukan sekadar simbol penghargaan terhadap kecemerlangan prestasi, malah merupakan satu amanah untuk terus mengekalkan budaya kerja berprestasi tinggi, memperkukuh integriti serta memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya Allah mencintai seseorang yang apabila dia melakukan sesuatu kerja, dia melaksanakannya dengan tekun (bersungguh-sungguh)."
(Riwayat al-Tabarani)
![]() |
![]() |
Majlis turut meraikan Puan Hajah Zaleha binti Mohd Ali yang bakal menamatkan perkhidmatan pada 4 Julai 2028 setelah menaburkan bakti selama 38 tahun di MAIDAM. Penghargaan tersebut dizahirkan sebagai tanda penghormatan atas jasa, komitmen dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM; YM Tengku Mohammad Hafiz bin Tengku Hashim Badli, Ketua Penolong Setiausaha (Pengurusan Mal); serta semua pegawai dan warga kerja MAIDAM.
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah. Semoga kecemerlangan terus menjadi budaya, integriti menjadi pegangan dan amanah sentiasa diutamakan dalam melaksanakan setiap tanggungjawab. Mudah-mudahan setiap tugas yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dikira sebagai amal ibadah serta menjadi asbab keberkatan kepada diri, organisasi dan ummah.



