Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

 
 
 
 
8 Julai 2026 - Program Kacau Bubur Asyura 2026 anjuran Kelab Amal, Rekreasi dan Sukan MAIDAM (KARISMA) telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh muafakat, semangat gotong-royong dan ukhuwah.
 
Penganjuran program ini bukan sekadar meneruskan tradisi tahunan, malah mengekalkan warisan gotong-royong yang menjadi lambang perpaduan, kebersamaan dan nilai saling membantu dalam kalangan warga MAIDAM.
 
Bermula daripada penyediaan bahan-bahan sehinggalah proses mengacau bubur asyura, seluruh warga kerja berganding bahu menjayakan program dengan penuh semangat.
 
Program turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato' Nara Setia (Yang Dipertua MAIDAM) dan YBhg. Dato' Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM) yang bersama-sama menyertai aktiviti mengacau bubur asyura serta beramah mesra dengan warga kerja MAIDAM.
 
Semoga program seumpama ini terus menjadi medium untuk memperkukuh ukhuwah, memupuk budaya bekerjasama dan menyemai semangat kebersamaan dalam melaksanakan amanah demi kesejahteraan ummah.
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY