Dah Bayar Zakat?

Bayar ZAKAT secara atas talian di

ezakat.maidam.gov.my/online

Soalan Lazimhubungiaduanpeta 

 
 
 
28 Julai 2026 - Konvensyen Baitulmal Kebangsaan (KBK) 2026 berlangsung pada 28 dan 29 Julai 2026 di Dewan al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Nerus. Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh YB Senator Dr. Zulkifli Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada hari ini.
 
Konvensyen dwitahunan anjuran Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu menghimpunkan kira-kira 500 peserta terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Agensi Mengurus Zakat (AMZ), Agensi Mengurus Wakaf (AMW), Agensi Mengurus Sumber Am (ASA), Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti Negeri, institusi pengajian tinggi awam dan swasta, agensi kerajaan Persekutuan serta pakar-pakar dalam bidang kewangan sosial Islam.
 
Mengangkat tema "𝗪𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂 𝗞𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺: 𝗧𝗿𝗮𝗻𝘀𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗕𝗮𝗶𝘁𝘂𝗹𝗺𝗮𝗹, 𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮 𝗔𝗴𝗲𝗻𝗱𝗮 𝗙𝗮𝗿𝗱𝘂 𝗞𝗶𝗳𝗮𝘆𝗮𝗵", konvensyen ini menjadi platform utama bagi memperkukuh jaringan kerjasama strategik, berkongsi kepakaran serta merangka hala tuju baharu dalam memperkasakan institusi baitulmal sebagai pemacu pembangunan sosioekonomi ummah.
 
Dalam ucapan perasmian, YB Menteri menekankan kepentingan memperkukuh institusi kewangan sosial Islam melalui tadbir urus yang cekap, inovatif dan berintegriti agar institusi baitulmal, zakat dan wakaf terus relevan dalam memenuhi keperluan masyarakat serta menyokong pembangunan negara.
 
bahasa melayu bahasa melayu Agihan Zakat Negeri Terengganu

privasi

TRDI NEWS TERENGGANU PAY