
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Terengganu berkenan menerima serahan zakat perniagaan berjumlah RM8,876,635.62 dalam majlis yang berlangsung diadakan di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.
Majlis disaksikan oleh YBhg. Dato’ Nara Setia (Yang Dipertua MAIDAM), YB Dato' Haji Mohd Azmi bin Mohamad Daham (Setiausaha Kerajaan Terengganu), YBM Prof. Dr. Syed Hadzrullathfi bin Syed Omar (Sahibus Samahah Dato’ Mufti Negeri Terengganu) serta YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin bin Adnan (Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM).
Serahan zakat perniagaan tersebut adalah daripada Lembaga Tabung Haji berjumlah RM7,476,635.62 oleh Tuan Haji Khairoddin bin Ahmad (Pengarah Tabung Haji Wilayah Timur) dan Puan Hajah Maznizan binti Mamat (Pengarah Tabung Haji Negeri Terengganu).
Turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM1,400,000.00 ialah PLUS Malaysia Berhad yang diwakilii oleh YBhg. Datuk Nik Airina binti Nik Jaafar (Pengarah Urusan Plus Malaysia Berhad / Pengarah Eksekutif LPT 2), Encik Mohd Fauzi bin Puniran (Ketua Pegawai Komersil) dan Puan Shazalina binti Ahmad (Ketua Pegawai Sumber Manusia / Lembaga Pengarah LPT 2).
MAIDAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Lembaga Tabung Haji dan PLUS Malaysia Berhad atas komitmen berterusan menunaikan zakat perniagaan melalui MAIDAM.
Semoga zakat yang ditunaikan menjadi asbab keberkatan rezeki serta memperkukuh usaha membela kebajikan dan memperkasa golongan asnaf di negeri Terengganu.